Hindari gangguan jin ketika sedang sakit

Sejak kebelakangan ini, saya selalu menangani kes-kes yang mana jin-jin sering tumpang sekaki merosakkan kesihatan pesakit-pesakit.

Sebagai contoh : Katakanlah si Fulan A sakit migrain.

Jin akan ambil kesempatan untuk menambah kesakitan.

Jika sebelum ini, skala kesakitan ialah 3, jin akan tambah skala kesakitan menjadi 7.

'Kecerdikkan' jin berselindung disebalik penyakit disebabkan faktor sains amat membimbangkan.

'Kecerdikan' ini mengakibatkan kita tidak menyangka sama sekali bahawa penyakit atau kesakitan yang kita alami ada kaitan dengan elemen mistik.

Ini boleh mengakibatkan sakit sukar untuk sembuh sepenuhnya - kerana elemen mistik tidak ditangani.

Kejadian seperti ini bukanlah suatu yang baru untuk saya.

Tetapi kekerapan yang agak tinggi mendatangkan rasa kurang senang terhadap kejadian seperti ini.

Disarankan jika anda sakit, amalkan ayat-ayat pendinding seperti ayat Kursi, ayat 8 Surah at-Tahrim, ayat Manzil, dan lain-lain.

Mudah-mudahan ia akan bantu anda untuk tidak diganggu jin ketika sedang menanggung sakit yang amat menyakitkan. 

© 2026 Olahan Sidak Semandin BlogSpot · Penafian: Kandungan ini adalah untuk hiburan dan maklumat umum sahaja. Ia bukan nasihat perubatan, psikologi atau penyelidikan profesional. Blog ini tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan gagal menghasilkan hasil yang diinginkan apabila disalin atau diamalkan. Sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan kehidupan anda, rujuklah pakar atau perawat bertauliah dalam bidang mistik atau bidang berkaitan.

والله أعلم بالصواب

Updated: 12 Julai 2026


Comments

Popular posts from this blog