#Soalan : Keadaan anak saya semakin teruk setelah memakan pil untuk merawat masalah sawan (yang disebabkan gangguan mistik). Sawan semakin kerap!!!
Sejujurnya, perjalanan anda dan anak anda untuk mendapatkan kesembuhan adalah teramat sukar dan mencabar!!!
Kemungkinan besar, anda akan menghabiskan banyak masa (bertahun?) dan wang (beribu?) dalam usaha mencari kesembuhan untuk anak anda.
Untuk anak anda sembuh daripada penyakit sawan yang disebabkan elemen mistik, anda perlu berusaha untuk menyakinkan anak anda untuk tidak melayan karenah jin.
Jika anak anda suka berada dalam alam 'khayalan' ('ciptaan' jin), sukar untuk 'mengeluarkannya' dari alam tersebut.
Dia akan menentang segala usaha untuk 'menyelamatkannya' kerana dia suka berada dalam alam tersebut.
Lebih-lebih lagi apabila dia masih di usia muda seperti kanak-kanak.
Kita semua sedia maklum, kanak-kanak amat suka berimaginasi!!!
Untuk membantu anak anda berdepan dengan gangguan jin, saya mencadangkan :
- Selalu berukyah dengan perawat rukyah
- Galakkan anak anda mengamalkan ayat 8, Surah at-Tahrim (zikirkan)
- 'mewujudkan' pendinding dibadan anak anda.
- Merukyah rumah anda.
- Anda boleh mendapatkan khidmat perawat rukyah.
- Merukyah makanan dan minuman dirumah.
| سموڬ الله سبحان وتعالى ممبري ڬنجرن ڤاهلا يڠ برليڤت ڬندا دأتس كصبرن اندا دان اهلي كلوارڬ اندا بردڤن دڠن اوجين الله سبحان وتعالى، ايايت ڤڽاكيت ساون يڠ دايلامي اوليه انق اندا; دان سموڬ الله سبحان وتعالى ممبري كسمبوهن توتل كڤد انق اندا دالم ماس تردكت.أمين. |
© 2026 Olahan Sidak Semandin BlogSpot · Penafian: Kandungan ini adalah untuk hiburan dan maklumat umum sahaja. Ia bukan nasihat perubatan, psikologi atau penyelidikan profesional. Blog ini tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan gagal menghasilkan hasil yang diinginkan apabila disalin atau diamalkan. Sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan kehidupan anda, rujuklah pakar atau perawat bertauliah dalam bidang mistik atau bidang berkaitan.
والله أعلم بالصواب
Comments
Post a Comment