#Soalan : Sejak akhir-akhir ini, anak saya suka melawan. Patutkah anak saya dirukyah?
Setiap kali saya menerima permintaan untuk merawat anak-anak yang ada masalah disiplin atau agresif, saya akan menyarankan ibu bapa untuk melakukan rawatan kendiri terlebih dulu.
Hanya apabila rawatan kendiri tidak menghasilkan keputusan yang diharapkan, saya menyarankan ibu bapa membawa anak mereka berjumpa dengan perawat mistik / rukyah.
Saranan saya ialah :
- Mandi aik wuduk emak (atau bapa / penjaga / datuk / nenek / siapa saja yang difikirkan sesuai)
Jika keagresifan atau masalah disiplin anak anda disebabkan mistik, insyallah, akan ada perubahan.
Selain itu, anda juga boleh mempertimbangkan saranan-saranan dibawah :
Sebaik-baiknya masalah anak anda hendaklah dilihat dari perspektif bukan mistik dan mistik.
Jangan terlalu taksub dengan salah satu perspektif - bukan mistik atau mistik.
Biarlah seimbang.
Tetapi jika anda perlu memilih yang mana satu yang perlu diberi penekanan yang lebih, saya mencadangkan faktor bukan mistik.
Bagaimanapun, janganlah penekanan berlebihan keatas faktor bukan mistik menyebabkan faktor mistik diabaikan.
© 2026 Olahan Sidak Semandin BlogSpot · Penafian: Kandungan ini adalah untuk hiburan dan maklumat umum sahaja. Ia bukan nasihat perubatan, psikologi atau penyelidikan profesional. Blog ini tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan gagal menghasilkan hasil yang diinginkan apabila disalin atau diamalkan. Sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan kehidupan anda, rujuklah pakar atau perawat bertauliah dalam bidang mistik atau bidang berkaitan.
والله أعلم بالصواب
Comments
Post a Comment