Kebimbangan (Anxiety) : Sains vs Mistik
Anxiety ialah respons semula jadi tubuh terhadap tekanan atau ancaman yang dirasakan.
Ia hanya menjadi masalah kesihatan minda apabila kebimbangan ini menjadi berlebihan atau berterusan tanpa sebab yang jelas.
Ada banyak teknik untuk menangani masalah kebimbangan - diantaranya ialah teknik minda, teknik pernafasan dan teknik akupoin.
Bagaimanapun, jika punca kepada masalah kebimbangan adalah mistik, teknik-teknik yang biasa digunakan tidak memberi kesan yang positif.
Adakalanya tidak memberi kesan langsung.
Secara amnya, beza diantara masalah kebimbangan yang dalam kategori sains dan mistik ialah untuk masalah kebimbangan yang ada elemen mistik, pesakit akan merasa ada objek di dada - iaitu diantara tengah dada dan tulang selangka.
Kebiasaannya, selepas objek ini dibuang, pesakit tidak lagi mengalami masalah kebimbangan.
Tetapi ada juga kes, pesakit masih lagi mengalami masalah kebimbangan tetapi tahap masalah jauh menurun.
Ini mungkin membawa maksud masalah kebimbangan yang dialami sebenarnya disebabkan elemen sains dan mistik.
Jika masalah kebimbangan disebabkan elemen mistik sahaja, insyallah, akan sembuh masalah kebimbangan selepas objek didada dibuang.
© 2026 Olahan Sidak Semandin BlogSpot · Penafian: Kandungan ini adalah untuk hiburan dan maklumat umum sahaja. Ia bukan nasihat perubatan, psikologi atau penyelidikan profesional. Blog ini tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan gagal menghasilkan hasil yang diinginkan apabila disalin atau diamalkan. Sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan kehidupan anda, rujuklah pakar atau perawat bertauliah dalam bidang mistik atau bidang berkaitan.
والله أعلم بالصواب
Comments
Post a Comment