#Soalan : Ada ayat pendinding badan yang saya boleh amalkan?

Ikon gelembung ucapan bertindih berwarna merah jambu dengan huruf "Q" dan "A" atas latar biru cerah—symbolizing two-way communication like Q&A, customer support, or educational content. Modern minimalist design with 3D depth.

Dari semasa ke semasa, saya akan menerima pertanyaan tentang pendinding badan.

Ada banyak ayat-ayat yang boleh digunakan sebagai pendinding diri.

Terpulang kepada individu untuk memilih ayat yang dikehendaki.

Secara amnya pemilihan ayat bergantung kepada citarasa masing-masing.

Ada yang selesa dengan mengamalkan salawat keatas Nabi Muhammad saw.

Ada yang selesa dengan ayat Kursi.

Ada yang selesa dengan Surah al-Ikhlas.

Ada yang selesa dengan Surah at-Tahrim, ayat 8.

Dan banyak lagi.

Untuk saya, ada empat 'ayat' pendinding yang saya sering sarankan kepada ramai orang.
  • Surah al-Fatihah, Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq, dan Surah an-Nas
    • Tiup kedua-dua tapak tangan, dan baca empat surah sebanyak sekali atau tiga kali (sambil mulut berada dekat dengan tapak tangan)
    • Selepas selesai membaca semua surah, sapu semua bahagian badan yang dapat dicapai oleh tapak tangan.
    • Lakukan ini sebelum keluar rumah atau bila-bila masa ketika ada kelapangan

لا اله الا الله محمد رسول الله

اللهم صلى على محمد



Perlu saya ingatkan disini bahawa saranan saya adalah berdasarkan 'citarasa' atau pandangan peribadi saya.

Jika yang saya sarankan bersesuaian dengan anda, الحمد لله.

Jika dirasakan tak menetapi citarasa atau kehendak anda, jangan risau. 

Ada banyak ayat-ayat yang boleh digunakan sebagai pendinding diri.

© 2025 Olahan Sidak Semandin BlogSpot · Penafian: Kandungan ini adalah untuk hiburan dan maklumat umum sahaja. Ia bukan nasihat perubatan, psikologi atau penyelidikan profesional. Blog ini tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan gagal menghasilkan hasil yang diinginkan apabila disalin atau diamalkan. Sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan kehidupan anda, rujuklah pakar atau perawat bertauliah dalam bidang mistik atau bidang berkaitan.
والله أعلم بالصواب

Kemas Kini : 06 Julai 2026

Comments

Popular posts from this blog