Anak rakan saya memberitahu saya melalui mesej WhatsApp mengenai keadaan ayahnya.
Asyik rasa mual.
Muntah selepas makan.
Kadang-kadang seperti orang keliru.
Bercakap seperti budak-budak kecil.
Disebabkan rasa bimbang dengan keadaan ayahnya, si anak telah menghantar ayahnya ke hospital.
Tetapi apabila tiba di hospital, keadaan rakan saya kembali normal.
Tiada rasa mual.
Selepas doktor membuat pemeriksaan, doktor berpendapat rakan saya tidak ada masalah kesihatan yang memerlukan perhatian dengan segera.
Atas sebab itu, dia dibenarkan kembali ke rumah.
Tetapi sekembalinya kerumah, keadaannya kembali semula seperti sebelum ini.
Selepas anaknya memberitahu keadaan ayahnya, saya memberitahu anaknya bahawa saya akan datang menjenguk ayahnya.
Ketika saya sampai di rumah sewanya selepas masuk waktu Isya', isterinya sedang mengurut tengkuknya.
Kenalan saya ketika itu duduk d kerusi roda di ruang tamu dihadapan televisyen.
Saya menyapanya tetapi dia mungkin tidak mengendahkan sapaan saya kerana dia sedang mengalami kesukaran untuk bernafas.
Menurut anaknya, rakan saya seperti itu sejak beberapa hari yang lepas.
Tidak lama selepas itu, saya mengambil keputusan untuk membuka ayat syifa yang saya sering mainkan ketika saya sedang sakit.
Saya memberitahu isterinya, mungkin ayat syifa itu dapat membantu suaminya.
Saya menyambung perbualan dengan isterinya berkisar tentang penyakit rakan saya.
Tiba-tiba saya perasaan, telefon bimbit saya tidak lagi mendendangkan ayat syifa tetapi Sayyidul Istighfar yang merupakan penghulu segala istighfar.
Saya hairan apabila mendengar dendangan Sayyidul Istighfar kerana setahu saya, tetapan untuk dendangan ayat syifa sepatutnya berterusan (iaitu ayat syifa akan didendangkan berulang-ulang sampai bila-bila).
Saya mengambil telefon bimbit saya yang berada dihadapan saya - dan saya terus memeriksa tetapan audio untuk ayat syifa.
Saya dapati tetapan ialah 'berulang-ulang' (continuous).
Untuk seketika saya merasa pelek tetapi saya abaikan rasa kepelekan itu kerana saya beranggapan rakan saya mungkin bukan dalam situasi berdepan dengan kematiannya, walaupun keadaannya muka dan badannya agak 'pelek'.
Keyakinan saya ini berdasarkan pengalaman rakan saya yang asyik menanggung pelbagai sakit tenat sehingga dimasukkan ke Pusat Rawatan Insentif (ICU) beberapa kali tetapi tidak lama selepas itu, keadaannya semakin stabil dan akhirnya dia dikeluarkan dari hospital.
Kejadian ini sering berlaku sehingga ramai ahi keluarga mungkin tidak ambil kisah lagi apabila mendengar berita dia masuk hospital atau ICU.
Mungkin mereka mempunyai kepercayaan seperti saya : Keadaan rakan saya akan menjadi stabil kembali.
Saya mengambil keputusan untuk balik selepas jam menunjukkan selepas jam 10pm.
Pada ketika itu, pada pandangan saya dan isterinya, keadaan rakan saya semakin baik.
Tidak lagi seperti sedang 'mencari nafas' (Nazak???)(Wallahua'lam)
Sebelum keluar rumah, kami mengangkat rakan saya dari kerusi roda dan meletakkannya diatas tikar karpet.
Saya menyentuh tangan kirinya ketika saya berkata saya hendak balik.
Ketika itu, rakan saya menundukkan kepalanya.
Saya tidak tahu sama ada dia mendengar atau tidak kata-kata saya.
Ketika saya sedang menikmati jamuan malam di dapur, tiba-tiba telefon bimbit saya berbunyi.
Saya agak kehairanan apabila nama anak rakan saya tertera di skrin telefon bimbit saya.
Kehairanan tetapi tiada rasa kekhuatiran kerana saya masih lagi yakin, rakan saya akan berupaya menangani ujian ini dengan jayanya.
Malangnya, saya dikejutkan dengan kata-kata : "Wa, bapak dah sik da gik!!!"
Anak perempuan rakan saya menangis ketika mengucapkan kata-kata tersebut.
Lidah saya kelu.
Saya kembali ke rumah sewa rakan saya dan dalam perjalanan, saya membuka Surah alBaqarah di telefon bimbit saya.
Ahli keluarga rakan saya datang dan mengambil keputusan untuk membawa mayat ke Kuching.
Isteri dan anak-anak rakan saya setuju dengan cadangan tersebut.
Setelah berada disana selama 2 ke 3 jam, saya kembali kerumah.
Keesokkan harinya, saya tidak pergi ke pengebumian rakan saya kerana saya tidak dimaklumkan mengenai masa pengebumian.
Saya hanya mengetahui pengebumian telah selesai apabila abang rakan saya membalas mesej saya yang bertanya tentang masa pengebumian.
Selepas menerima mesej tersebut, saya mengambil keputusan untuk pergi ke kedai untuk sarapan pagi.
Beberapa saat selepas enjin kereta dihidupkan, tiba-tiba kedengaran bacaan Surah alBaqarah diaudio stereo kereta.
Saya merasa hairan kerana sebelum memasuki kreta, saya tidak ada memainkan Surah alBaqarah.
Saya biarkan sahaja audio Surah alBaqarah kerana saya hendak mendengar ayat-ayat yang keluar dari pembesar suara (speaker).
Selepas saya pasti ayat-ayat yang telah didendangkan ( Surah Al-Baqarah 133 and 136), saya memeriksa telefon bimbit.
Memang jelas sekali - aplikasi untuk memainkan audio Surah alBaqarah tidak aktif atau tidak dibuka.
Adakah peristiwa pelek ini sebagai peringatan kepada saya?
Wallahua'lam.
Ya ALLAH swt, ampunilah dosa-dosa kami dan ahli keluarga kami, dan masukkan kami dan ahli keluarga kami kedalam syurga FirdausMu. Aameen.
Makluman : Artikel ini tidak ditulis mengikut urutan masa. Peristiwa yang dipaparkan mungkin berlaku sebelum atau selepas tarikh penerbitan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan