Kisah Pelek Kematian 6


Keanehan yang berlaku ketika mendoakan ahli keluarga yang sedang sakit, akhirnya terjawab beberapa jam kemudian.

Seorang ahli keluarga dikhabarkan meninggal dunia pada jam 0630pm.

Sekitar jam itu, saya sedang mendoakan ahli keluarga yang sedang sakit agar diampuni dosa, diberi kesejahteraan dan umur panjang, selepas membaca alQuran.

Ketika berdoa, saya merasa pelek kerana seolah-olah saya terlupa untuk mendoakan seseorang.

Selepas berdoa, saya cuba mengingati ahli-ahli keluarga yang kurang sihat yang saya mungkin terlupa untuk mendoakannya - namun saya gagal untuk mengetahui identiti 'seseorang' yang saya tidak sebutkan namanya ketika berdoa.

Kemusykilan akhirnya terjawab apabila membaca mesej berita pemergian Almarhum dalam kumpulan Whatsapp keluarga beberapa jam kemudian.

Waktu kematiannya ialah diketika saya sedang membaca doa untuk ahli keluarga yang sedang sakit.

Dan pada ketika itu, baru saya sedar bahawa nama ahli keluarga yang saya tidak ingat walaupun saya sedaya upaya untuk mengingatinya ialah nama almarhum.

Wallahua'lam.

Semoga ALLAH swt ampuni dosa-dosanya, rahmatinya, lapangkan kuburnya dan masukkannya kedalam Syurga Firdaus. أمين

Makluman : Artikel ini tidak ditulis mengikut urutan masa. Peristiwa yang dipaparkan mungkin berlaku sebelum atau selepas tarikh penerbitan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

# Soalan : Adakah benar kanser berpunca dari mistik dan sukar untuk sembuh apabila ia sudah melarat?

Sama ada kanser berpunca dari elemen mistik ... wallahua'lam.