Ucap ‘Maafkan Saya’ untuk sembuh

Tangan manusia memegang kertas koyak bertulis 'I AM SORRY' — simbol keikhlasan memohon maaf dan penyembuhan emosi.


Banyak kes-kes sakit misteri / mistik yang dirawat saya sembuh dengan sendirinya dalam tempoh yang amat singkat hanya dengan meminta maaf ataupun melakukan perbuatan yang akan meredakan kemarahan individu yang ada jin pendamping.

Saya memberitahu mereka bukan saya yang merawat tetapi sembuh atas sebab mereka sendiri yang membuat rawatan kendiri (self treatment) dengan meminta maaf ataupun melakukan perbuatan yang akan meredakan kemarahan individu yang ada jin pendamping.

Atas sebab ini, saya selalu menekankan aspek perubahan sikap dalam rawatan saya.

Bagi saya, perkara yang sama akan berulang sekiranya pesakit masih berperangai lama - angkuh, agresif, mulut lancang, tidak menghormati orang, dan sebagainya.

Untuk elak serangan jin pendamping, kita mesti pandai ‘bawa diri’.

Ada banyak cara untuk menegakkan kebenaran; dan tidak semestinya kita mesti bersikap agresif atau kurang ajar untuk menegakkan kebenaran.

Tegas bukan bermaksud berkelakuan agresif atau kurang ajar.

Dan ada banyak cara untuk menolak pelawaan atau permintaan dengan cara baik tanpa perlu melukakan hati pihak lain. 

© 2025 Olahan Sidak Semandin BlogSpot · Penafian: Kandungan ini adalah untuk hiburan dan maklumat umum sahaja. Ia bukan nasihat perubatan, psikologi atau penyelidikan profesional. Blog ini tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan gagal menghasilkan hasil yang diinginkan apabila disalin atau diamalkan. Sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan kehidupan anda, rujuklah pakar atau perawat bertauliah dalam bidang mistik atau bidang berkaitan.

والله أعلم بالصواب


Comments

Popular posts from this blog