#Soalan : Mengapa ramai enggan mengaku mereka ada saka jin?

Ikon gelembung ucapan bertindih berwarna merah jambu dengan huruf "Q" dan "A" atas latar biru cerah - symbolizing two-way communication like Q&A, customer support, or educational content. Modern minimalist design with 3D depth.

Secara amnya, perempuan lebih mudah untuk mengakui mereka bersaka - dengan syarat tanda-tanda bersaka jelas tanpa bersuluh.

Tetapi lelaki secara amnya, enggan mengakui bersaka - walaupun tanda-tanda bersaka jelas tanpa bersuluh.

Mungkin keengganan ini atas sebab memiliki saka jin dianggap sebagai satu keaiban.

Kira-kira 30 ke 40 tahun yang dulu, memiliki pendamping mungkin satu kebanggaan.

Tetapi zaman sekarang, secara amnya, hanya 'orang gila' yang berbangga memiliki saka jin.

Penolakkan masyarakat Islam terhadap saka jin mungkin disebabkan penerapan agama Islam dalam masyarakat sehingga saka jin dilihat dengan jelek.

Atas sebab itu, anggota masyarakat berusaha keras untuk menafikan mereka bersaka.

Selain itu, mungkin juga anggota masyarakat dalam mod 'self denial' (penafian diri).

Mereka mahu menafikan realiti yang dianggap mereka sebagai tidak benar.

Mereka beranggapan adalah mustahil untuk mereka ada saka jin. 

Bagi mereka, tanda-tanda saka jin hanyalah satu kebetulan sahaja.

Akhir sekali, keengganan ini berkait rapat dengan tipu muslihat saka jin bagi tujuan untuk mengelak daripada 'dibuang'.

Pesakit atau bekas pesakit mental disebabkan gangguan mistik amat sedia maklum hal ini.

Ada kehadiran 'fikiran' yang mempengaruhi emosi agar menidakkan  kewujudan saka jin apabila ditanya.

Kehadiran 'fikiran' ini - jika dianggap sebagai sesuatu yang normal, dan bukan gangguan mistik - amat menyukarkan seseorang untuk menerima atau menyedari hakikat bahawa dia mempunyai saka jin.

Biasanya, ibu bapa terpaksa menerima hakikat ini apabila anak-anak mereka sakit mistik disebabkan gangguan saka jin.

Namun begitu, ada juga sebilangan kecil masih berdegil walaupun sudah terang tanpa bersuluh bahawa mereka sebenarnya memiliki saka jin. 

© 2026 Olahan Sidak Semandin BlogSpot · Penafian: Kandungan ini adalah untuk hiburan dan maklumat umum sahaja. Ia bukan nasihat perubatan, psikologi atau penyelidikan profesional. Blog ini tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan gagal menghasilkan hasil yang diinginkan apabila disalin atau diamalkan. Sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan kehidupan anda, rujuklah pakar atau perawat bertauliah dalam bidang mistik atau bidang berkaitan.

والله أعلم بالصواب


Comments

Popular posts from this blog