Pengalaman Selepas Mandi Air Wuduk


Setakat ini, maklum balas dari individu-individu yang menerima saranan saya untuk mandi air wuduk bagi menangani masalah kehidupan yang mereka alami, yang mungkin berpunca daripada penyakit ain (evil eye), adalah sangat positif.

Seorang daripada mereka mendakwa kini dia merasa hubungan sosialnya dengan sesama manusia lebih mudah dan mesra.

Pada masa yang sama, dakwa individu yang sama, dia merasa lebih tenang dan jiwa tenteram.

Sementara itu, seorang wanita mendakwa kehidupannya lebih terasa tenang berbanding sebelum mengamalkan mandi air wuduk. Amalan ini dilihat sebagai rawatan spiritual yang mudah.

Selain itu, ada seorang wanita memberitahu kehidupan hariannya dipejabat semakin bertambah baik.

© 2026 Olahan Sidak Semandin BlogSpot · Penafian: Kandungan ini adalah untuk hiburan dan maklumat umum sahaja. Ia bukan nasihat perubatan, psikologi atau penyelidikan profesional. Blog ini tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan gagal menghasilkan hasil yang diinginkan apabila disalin atau diamalkan. Sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan kehidupan anda, rujuklah pakar atau perawat bertauliah dalam bidang mistik atau bidang berkaitan.
والله أعلم بالصواب

Kemas Kini : 11 Julai 2026

Comments

Popular posts from this blog