Sejak membabitkan diri dalam dunia rawatan alternatif, saya sering melihat 'keajaiban' - iaitu sakit yang tiada harapan untuk sembuh, disembuhkan ALLAH swt; atau proses penyembuhan yang 'menakjubkan' kerana dicepatkan oleh ALLAH swt berbanding dengan biasa.
Suatu hari Saidatina Fatimah Az-Zahra radiallahu anha mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abi Talib radiallahu anhu tentang kesakitan pada tangannya yang keletihan akibat menggiling gandum untuk membuat roti.