Anak sentiasa atau tiba-tiba memberi masalah disiplin?

Grafik masalah disiplin anak: faktor persekitaran, hormon, otak belum matang, serta pengaruh mistik atau jin.

Ramai ibu bapa berhadapan dengan anak-anak yang bermasalah disiplin.

Sama ada bermasalah sejak dari kecil ataupun ketika mereka mencapai usia remaja.

Tidak dinafikan masalah ini ada kaitan dengan persekitaran – kawan, keluarga, dan lain-lain.

Ia juga berkaitan dengan hormon – untuk anak-anak yang bermasalah di usia remaja.

Selain itu, sistem otak yang belum matang boleh menyebabkan anak-anak gagal melihat sesuatu perkara dengan rasional.

Namun begitu, ibu bapa hendaklah tidak sewenang-wenangnya menolak elemen mistik sebagai salah satu faktor penyebab kepada masalah disiplin anak.

Banyak kes masalah disiplin anak berkaitan dengan pengaruh jin ke atas mereka.

Mungkin anda sedar, ada 'bisikan' hati yang cuba mempengaruhi anda untuk berbuat sesuatu yang tidak elok.

Ada ketikanya seolah-olah hilang kawalan ke atas tindakan tanpa anda sedari.

Seolah-olah ada 'kuasa ghaib' yang meruntuhkan kewarasan anda.

Cuba bayangkan jika 'kuasa ghaib' ini mempengaruhi anak anda yang masih mentah dalam hal duniawi.

Adakah mereka mampu mengatasi 'kuasa ghaib' ini dengan hanya berbekalkan pengalaman yang sedikit?

Saya bukan mempromosi agar masalah disiplin anak-anak dilihat dari segi mistik semata-mata.

Apa yang saya cuba ketengahkan ialah – jangan abaikan faktor mistik dalam usaha membantu anak kembali ke pangkal jalan.

Anda mungkin pernah mendengar atau melihat kes anak-anak nakal yang menjadi baik setelah dirukyah.

Jika ia mampu berlaku pada anak orang lain, mengapa perkara yang sama tidak mungkin berlaku ke atas anak anda?

Tepuk dada, tanya selera.


© 2024 Olahan Sidak Semandin BlogSpot · Penafian: Kandungan ini adalah untuk hiburan dan maklumat umum sahaja. Ia bukan nasihat perubatan, psikologi atau penyelidikan profesional. Blog ini tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan gagal menghasilkan hasil yang diinginkan apabila disalin atau diamalkan. Sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan kehidupan anda, rujuklah pakar atau perawat bertauliah dalam bidang mistik atau bidang berkaitan.
والله أعلم بالصواب


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Renungan Minda : Ayat 8, Surah at-Tahrim sembuh batuk?

Berdasarkan pengalaman bekas pesakit yang menerima rawatan saya, dengan mengamalkan ayat 8, Surah at-Tahrim, dia telah sembuh dari penyakit...