Berdasarkan pengalaman bekas pesakit yang menerima rawatan saya, dengan mengamalkan ayat 8, Surah at-Tahrim, dia telah sembuh dari penyakit kencing manis.
Yang menarik sekali ialah dia tidak pernah berusaha untuk mengurang pengambilan gula - bahkan pengambilan gulanya agak keterlaluan.
Bagaimanapun, dengan izin ALLAH swt, dia telah diberi kesembuhan.
Doktor telah menghentikan pemberian pil untuk penyakit kencing manis.
Ia adalah perkhabaran yang menggembirakan dan pada masa yang sama memeranjatkan.
Alhamdulillah. Allahuakbar!!!
Berdasarkan pengalaman tersebut, saya mengambil keputusan untuk sentiasa membaca (berzikir) ayat 8, Surah at-Tahrim sebagai usaha terakhir untuk menangani masalah batuk yang sukar untuk sembuh.
Di awal tahun ini, saya pernah batuk teruk untuk tempoh yang agak lama.
Mungkin lebih dari sebulan.
Dan apabila batuk mula muncul lagi sebulan yang lepas, saya amat risau.
Saya mencuba teknik-teknik yang saya telah lakukan sebelum ini tetapi kesannya tidak memberangsangkan.
Batuk semakin menjadi-jadi.
Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk mengamalkan zikir ayat 8, Surah at-Tahrim.
Pada awalnya, tiada apa-apa kesan dari amalan zikir.
Masih batuk teruk seperti biasa.
Tetapi tidak lama selepas itu, saya dapati apabila saya batuk, dan saya menzikirkan ayat 8, Surah at-Tahrim, saya dapat merasakan seolah-olah batuk saya dihalang oleh sesuatu.
Saya terkejut kerana tidak menyangka ia berlaku seperti itu.
Saya beranggapan apabila mengamalkan zikir ayat 8, Surah at-Tahrim, batuk akan sembuh secara berperingkat.
Dan saya tidak menyangka sama sekali bahawa batuk saya akan 'dihalang' (suppressed).
Alhamdulillah.
Dengan izin dan kehendak ALLAH swt, batuk saya sembuh sepenuhnya beberapa hari kemudian.
Wallahu'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan