Lindungi isteri dan anak gadis anda dari ilmu sihir 'cinta'!
Semalam saya berkesempatan berbual dengan anak gadis rakan saya.
Perbualan itu mengingatkan saya tentang peristiwa yang menimpanya - gangguan mistik yang berupa 'igauan' keatas bekas teman lelakinya.
Dia mendakwa enam bulan pertama perkahwinannya, dia asyik 'melihat' wajah bekas teman lelakinya setiap kali dia menutup matanya ketika hendak tidur di malam hari.
Dia mengingatkan saya bahawa saya yang merawatnya 🙂.
Kebetulan kira-kira dua mingu lepas saya merawat seorang anak gadis yang mungkin kena sihir.
Beberapa bulan yang lepas, saya berbual dengan seorang lelaki yang sudah berusia tentang isterinya yang lari mengikut kekasihnya yang merupakan sepupunya.
Perkahwinan yang sudah berusia berdekad akhirnya musnah begitu sahaja.
Wallahua'lam.
Saya tidak ada tip yang ampuh untuk membantu anda selain daripada berusaha dengan mengamalkan ayat pendinding, tetapi anda boleh mencuba ini 👉 sini dan sini.
Semoga الله swt melindungi perkahwinan anda dan ahli keluarga anda daripada gangguan ilmu sihir 'cinta'. أمين
© 2025 Olahan Sidak Semandin BlogSpot · Penafian: Kandungan ini adalah untuk hiburan dan maklumat umum sahaja. Ia bukan nasihat perubatan, psikologi atau penyelidikan profesional. Blog ini tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan gagal menghasilkan hasil yang diinginkan apabila disalin atau diamalkan. Sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan kehidupan anda, rujuklah pakar atau perawat bertauliah dalam bidang mistik atau bidang berkaitan.
والله أعلم بالصواب

Comments
Post a Comment